Program Optometry Student
Seminar 2013 ini telah diadakan pada 19 Oktober 2013 bertempat di Dewan Kuliah
2, Universiti Kebangsaan Malaysia, Kampus Kuala Lumpur. Program ini telah
dihadiri pelajar Optometri dari pelbagai universiti seperti UKM, UiTM, UIA, dan
pelbagai universiti swasta yang lain. Program ini disertai oleh seramai 32
orang pelajar Tahun 4 dan diiringi 2 orang pensyarah. Matlamat yang ingin dicapai seiring dengan
pelaksanaan program Optometry Student Seminar 2013 adalah untuk meningkatkan
pengetahuan para pelajar mengenai kajian dan inovasi berkaitan Sains
Penglihatan. Selain itu, program ini bermatlamat untuk melahirkan graduan yang
berpengetahuan luas tentang kemajuan terkini berkaitan bidang yang mereka
pelajari. Di samping diharap dapat mengeratkan lagi hubungan dan komunikasi
antara para pelajar Optometri dari seluruh negara, program ini juga
memmbolehkan para pelajar bertukar pendapat dan berkongsi pengetahuan dengan
para pelajar yang berlainan universiti.
Kaedah program ini
diadakan adalah interaksi antara sesama pelajar Optometri UiTM Puncak Alam dan
juga pelajar Optometri dari universiti-universiti lain. Selain itu, ianya juga
melibatkan komunikasi antara penceramah dan juga para pelajar.
Program ini bermula pada
jam 8.00 pagi dan selesai pada pukul 5.30 petang. Para
penceramah dari pelbagai bidang yang berkaitan dengan kajian penglihatan
dijemput untuk berkongsi pengetahuan mengenai inovasi yang dilakukan yang mana
berkaitan dengan sains penglihatan. Selain itu, satu sesi bengkel telah dijalankan
untuk memperkenalkan instrumen dan teknik-teknik terbaru yang terdapat di
‘Program Optometry dan Sains Penglihatan UKM’.
Antara gambar yang sempat dirakamkan sepanjang program berlangsung;
|
Sesi pendaftaran para pelajar |
Tahniah diucapkan buat pelajar tahun 4 Optometry UiTM Puncak Alam, Nurul Razihan atas pencapaian mendapat tempat ke-2 dalam penyertaan untuk kategori "Case Presentation Undergraduate" dan Puan Noor Halilah yang merupakan pensyarah jabatan Optometry UiTM Puncak Alam yang juga mendapat tempat ke-2 untuk penyertaan "Case Presentation Postgraduate."
|
Nurul Razihan pemenang tempat ke-2 kategori "Case Presentation Undergraduate" |
|
Puan Noor Halilah pemenang tempat ke-2 kategori "Case Presentation Postgraduate." |
|
Bergambar kenangan.. antara yang hadir sepanjang program berlangsung. |
Sekian,
No comments:
Post a Comment