Wednesday, March 19, 2014

Takziah atas kepemergian seorang permata

Tanggal 19 Mac 2014, seorang pelajar tahun 3 Optometri UiTM telah kembali kerahmatullah. Nur Hidayah Abu Marshah telah disahkan meninggal dunia akibat pendarahan dalam kepala yang dialaminya. Arwah telah dimasukkan ke unit ICU HKL pada 16 Mac lalu setelah mengadu sakit kepala dan tidak sedarkan diri. Pada 19 mac 2014 jam 12.18pm arwah telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Allahyarhamah berasal daripada Putrajaya merupakan anak kelima daripada enam orang adik beradik. Arwah merupakan seorang pelajar yang sangat ceria dan periang.

Allahyarhamah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20, Putrajaya selepas solat Asar. 


Takziah diucapkan buat keluarga arwah. Semoga roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.


Gambar: arwah bersama anak buahnya. 


Catatan arwah... 



Al-Fatihah 
Nur Hidayah Abu Marshah
11 April 1991 - 19 Mac 2014

No comments: