Wednesday, March 27, 2013

Optometry Athletic Championship

Hujung minggu yang lalu bertarikh 23 Mac 2013 bertempat di Padang Kawad UiTM Puncak Alam telah berlangsungnya acara sukan 'Optometry Athletic Championship' yang melibatkan seluruh pelajar optometri UiTM. Daripada pelajar tahun 1 sehinggalah ke pelajar tahun 4. Tujuan penubuhan OAC dibawah anjuran EXCO Logistik dan Teknikal Optimist UiTM diadakan, adalah sebagai saringan awal untuk program Malaysian Optometry Students Sports Event (MOSSE) yang bakal diadakan pada bulan April nanti. Antara acara sukan yang dipertandingkan ialah futsal, bola jaring, bola baling dan juga acara sukaneka.






Pelajar-pelajar dikehendaki berkumpul seawal jam 9 pagi. Sebelum aktiviti dimulai, pelajar dibekalkan dengan sarapan kuih-muih beserta seuncang minuman tea.

EXCO Keusahawanan dengan jualannya.


Taklimat diberikan berkenaan dengan setiap pertandingan yang akan dipertandingkan.








Aktiviti pertama dimulai dengan perlawanan Futsal, diikuti dengan sukaneka, bola jaring dan kemudiannya diakhiri dengan perlawanan bola baling.  

Futsal perempuan





Futsal lelaki








Aktiviti sukaneka (pertandingan makan buah tembikai paling cepat & pertandingan galah panjang).


Wakil-wakil setiap batch dalam pertandingan makan tembikai paling cepat.

Wakil dari second year.






Galah panjang lelaki

Pengarah program di 'galah panjang'kan oleh junior first year. hee






Galah panjang perempuan





Sekitar perlawanan bola jaring, walaupun hujan tetap tidak mematah semangat para pemain. Kagum! =)










Sekitar suasana perlawanan bola baling;

Sir Saiful menyertai pelajar tahun 3 dalam acara bola baling.





 Keputusan pemenang dikira berdasarkan jumlah mata atas setiap acara yang diwakili oleh setiap batch.

Tempat pertama   : Pelajar tahun satu (7th batch)
Tempat kedua      : Pelajar tahun tiga (5th batch)
Tempat ketiga      : Pelajar tahun dua (6th batch)
Tempat ke-empat: Pelajar tahun empat (4th batch)




Tahniah diucapkan kepada semua pemain. Menang kalah adat bertanding. Semoga acara-acara sukan sebegini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama kita semua.=))


Sekian,

No comments: