Saturday, April 27, 2013

MOSSE 2013

Pada 19, 20, dan 21 yang lalu telah berlangsungnya sebuah program kesukanan yang mengabungkan sebahagian pelajar optometry dari setiap universiti yang terdapat di Malaysia. Iaitu Malaysian Optometry Students Sports Event  atau lebih dikenali sebagai MOSSE. Antara Universiti yang terlibat ialah UKM, UIA, SEGI, MSU,  THONEH dan juga UiTM selaku tuan rumah. 

Malaysian Optometry Students Sports Event

Logo MOSSE 2013

MOSSE 2013 kali ini telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Padang Kawad UiTM Kampus Puncak Alam. Antara acara yang dipertandingkan ialah Larian D'puncak, bola baling, bola jaring, basketball, futsal, badminton, tarik tali dan juga acara sukaneka.


Banner MOSSE 2013


19.4.2013
Sambutan ketibaan atlet-atlet daripada UKM, UIA, dan MSU. Mereka-mereka ini disediakan penginapan untuk atlet lelaki ditempatkan di Kolej Angsana, manakala untuk atlet perempuan ditempatkan di Kolej Raflesia. 

Atlet SEGI tiba pada hari yang berikutnya. Manakala THONEH tiba pada hari terakhir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.  

Atlet-atlet diberikan sarapan

20. 4. 2013
Program dimulai dengan acara perasmian oleh Miss Ilyanoon Zahari, Head of Optometry Program Council yang juga merupakan Head of Optometry Department of IIUM. Setelah itu acara diteruskan dengan senam erobik dan acara Larian D'puncak. 

Kaunter pendaftaran untuk larian D'puncak.

Sesi pendaftaran

Peserta larian mendengar taklimat sebelum memulakan larian.

Lead for aerobic

Model MOSSE 2013







Senam erobik

Persediaan... sebelum hon dibunyikan tanda pelepasan


Sekitar jam 9.00 pagi peserta Larian Dpuncak dilepaskan.


Checkpoint 2- peserta dikehendaki menukar blinfold sesama pasangan.




Salah satu cabaran terbesar dalam larian Dpuncak kali ini adalah peserta dikehendaki melalui tangga kejayaan, lambang kecekalan UiTM Puncak Alam.

Antara wajah-wajah cekal para peserta yang sempat dirakamkan.. 






Masih mampu tersenyum. bagus. =))
Aktiviti sampingan selepas penat berlari; 


Mr. Presiden OPTIMIST UITM



Setelah itu, pada hari yang sama diteruskan dengan perlawanan bola baling, basketball, bola jaring, dan futsal.

Bola baling perempuan



Atlet dari SEGI

Naib bendahari OPTIMIST UITM.. tekun memikirkan
kewangan kot. 






Wakil dari second year.




Bola baling lelaki







Acara basketball



Sir Saiful.. yang turut menyertai MOSSE 2013 dalam acara basketball










Wakil third year yang memberi sokongan buat para pemain.

Wakil daripada first year...

AJK makanan tengah siap-siap untuk makan tengahhari
AJK makanan, Filzah yang tekun dalam mengangkut ais. 


Wakil UiTM untuk acara bola jaring






penyokong untuk UITM

PA System



Futsal lelaki

21. 4. 2013
Program diteruskan dengan acara badminton dan sukaneka. Untuk acara sukaneka kami menerima kunjungan daripada wakil Malaysian Association For The Blind (MAB) untuk turut menyertai kami dalam acara sukaneka. 

Ketibaan wakil-wakil MAB
Untuk acara sukaneka, setiap u dikehendaki menghantar wakil seramai 5 orang, dan wakil-wakil daripada MAB akan diserap masuk dalam setiap kumpulan seramai 4 orang. Jadi, setiap kumpulan akan mempunyai 9orang ahli. 
Wakil daripada UiTM bersama 4 orang wakil dari MAB



Sepanjang acara, kesemua wakil daripada setiap u dikehendaki menutup mata, hanya seorang sahaja yang tidak ditutup matanya untuk memberi arahan pergerakan kepada setiap ahlinya. 


Acara cari gula-gula dalam tepung

Isi air dalam botol pakai tangan.


Bawa bola pingpong dalam sudu.
Keputusan untuk acara sukaneka;

Tempat pertama: MSU
Tempat ke-dua: UIA
Tempat ke-tiga: UiTM
Tempat ke-empat- UKM


Wakil MAB bersama hadiah yang dimenangi
Wakil-wakil daripada MAB yang datang memeriahkan suasana. Terima kasih.
Kehadiran kalian sangat bermakna buat kami.

Manakala keputusan penuh untuk keseluruhan acara yang dipertandingkan;

TEMPAT PERTAMA: UITM
TEMPAT KE-DUA: UIA
TEMPAT KE-TIGA: UKM
TEMPAT KE-EMPAT: MSU


Presiden OPTIMIST UITM bersama piala pusingan yang dimenangi. Tahniah!


Tahniah buat semua atlet-atlet yang terlibat dalam memeriahkan MOSSE kali ini. Serta jutaan tahniah juga diberikan buat kesemua AJK-AJK yang memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran MOSSE 2013. TAHNIAH!

Jutaan terima kasih buat tetamu-tetamu daripada UKM, UIA, MSU, SEGI dan THONEH kerana kesediaan mereka untuk turut hadir memeriahkan MOSSE 2013. Dan tidak lupa, jutaan terima kasih buat wakil daripada Malaysian Association For The Blind yang sudi menjadi tetamu jemputan kami dalam memeriahkan lagi acara kemuncak MOSSE 2013.

Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan.

Milik UiTM. =))

Sekian,

1 comment:

Iamwhoiam said...

Good sharing, today, Tun Hussein Onn National Eye Hospital (THONEH) has the equipment to perform the non-invasive procedure to treat the condition. “The Ultra Q multi-modality YAG Laser we acquired offers greater accuracy and control than traditional YAG Lasers, allowing us to perform better treatment, read more at:
http://kidbuxblog.com/non-invasive-procedure-to-treat-eye-floaters/