Saturday, September 21, 2013

Seize your moment, Feel the momentum

Alhamdulillah, semester baru sahaja bermula. Selamat datang diucapkan buat adik adik junior yang telah sah mendaftar sebagai salah seorang pelajar optometry UiTM kampus Puncak Alam.

Sempena meraikan kedatangan adik adik junior first year dalam keluarga OPTIMIST, satu acara tahunan setiap kali intake baru telah diadakan. Program berbentuk ukhwah telah diadakan bertempat di Photon Valley Ulu Langat selama 2 hari 1 malam pada 14-15 september lalu. Program ini diberi nama Seize The Moment, Feel The Momentum telah dianjurkan oleh pelajar-pelajar tahun dua Optometry UiTM Puncak Alam.



Untuk acara pembukaan telah diadakan bertempat di bilik pelajar (IACLE) Aras 7 FSK 2,3,4. Acara pembukaan untuk program Seize The Moment Feel The Momentum telah dirasmikan oleh ketua koordinator Optometri UiTM Puncak Alam, En. Ahmad Mursyid Ahmad Rudin dengan diiringi oleh penasihat baru OPTIMIST, En Saiful Azlan Bin Rosli. 



En Saiful Azlan, selaku penasihat baru OPTIMIST


Sekitar pendaftaran pelajar sebelum acara dimulakan;




Antara pelajar tahun tiga yang hadir. Pink ladies!

yang diraikan, pelajar tahun satu.

Bonding session, sesi memperkenalkan diri oleh pelajar tahun satu. 



Setiap pelajar telah di bahagikan kepada beberapa kumpulan iaitu Kumpulan A, B, C, D, E, F, H, I, J, K, dan L. Untuk acara bonding session dalam kalangan ahli kumpulan, setiap ahli telah diberi tugasan untuk menamakan kumpulan dan mereka cipta slogan setiap kumpulan masing masing.

Kumpulan A- Authentic
Kumpulan B- Bananana
Kumpulan C- Champion
Kumpulan D- Dimension
Kumpulan E- Emergency
Kumpulan F- Fear Factor
Kumpulan H- Hebat
Kumpulan I- Inception
Kumpulan J- Johan
Kumpulan K- Kami
Kumpulan L- Lolly


Hebat

Inception

Fear factor. "Kami tak takot..kami tak takott.. eleh, Fear Factor!"
Keesokkan paginya, setiap pelajar dikehendaki berkumpul seawal jam 7.00pagi di parking lot FSK 2,3,4 sebelum bertolak ke Ulu Langat, Selangor. 

Sebahagian pelajar tahun dua dan tahun empat
Sebahagian pelajar tahun tiga
Pelajar tahun satu dan tahun dua.
Setibanya disana, SYMFTM dimulakan dengan aktiviti jungle trekking. Menurut jurulatih disana jarak jungle trekking sekitar 2km pergi dan 2km balik. Di kemuncak pendakian para pelajar dapat menyaksikan keindahan alam panorama air terjun. *Muka keterujaan setiap pelajar terserlah disini!

Sesi meneroka alam bermula!







Kemuncak destinasi. Air terjun!




Sesi petang setiap peserta dikehendaki duduk dalam kumpulan yang telah ditetapkan. Dan setiap kumpulan dikehendaki menghantar wakil untuk permainan super spontan. Pertandingan soal menyoal. Siapa soal dia menang. Sebelah malamnya merupakan malam kebudayaan dan BBQ. Setiap batch dikehendaki mempersembahkan persembahan masing masing. 

BBQ time!

Persembahan bollywood oleh pelajar tahun 1.

Persembahan Malaywood oleh pelajar tahun 1

Persembahan hollywood oleh pelajar tahun 1 juga. 
Persembahan yang paling mendapat sorakan dan tepukan penonton,
Dikir Opto oleh pelajar tahun empat.

Acara kemuncak untuk hari terakhir adalah aktiviti flying fox dan rakit. Aktiviti flying fox terpaksa dibatalkan disebabkan oleh faktor keselamatan dan telah digantikan dengan aktiviti bowling air.









Wakil second year, Saie membuat percubaan untuk aktiviti flying fox.
Presiden OPTIMIST. Sempat lagi buat peace. 

Sesi penutup dan pembahagian hadiah untuk setiap kumpulan telah disempurnakan oleh Penasihat Optimist, Sir Saiful Azlan diiringi oleh Sir Ezzat.

Sir Saiful Azlan berucap untuk majlis penutup SYMFTM









Sir Ezzat turut hadir memeriahkan suasana.



Pengarah program, Ali Imran menyampaikan cenderahati buat Sir Saiful.
juga buat sir Ezzat. 

Aktiviti terakhir sebelum pulang ke UiTM Puncak Alam.. PHOTOGRAPHY SESSION!

Sir Saiful dan sebahagian daripada urusetia program.

Family besar OPTIMIST UiTM.
Moga ukhwah terjalin disini tetap berterusan mekar indah di UiTM kelak. Welcome to OPTIMIST Family! 

Sekian,

1 comment:

udellelasala said...

Mr. Casino | Drive to your nearest Casino - DrMCD
Dr. Casino. 여수 출장안마 If you 포항 출장마사지 or someone you know has a 계룡 출장안마 gambling problem, call (800) 888‑7463 or text (1) 충청북도 출장마사지 877‑7463. 광주광역 출장안마