Saturday, October 19, 2013

UKM Iacle- HOPC Optometry Student Seminar 2013

  Program Optometry Student Seminar 2013 ini telah diadakan pada 19 Oktober 2013 bertempat di Dewan Kuliah 2, Universiti Kebangsaan Malaysia, Kampus Kuala Lumpur. Program ini telah dihadiri pelajar Optometri dari pelbagai universiti seperti UKM, UiTM, UIA, dan pelbagai universiti swasta yang lain. Program ini disertai oleh seramai 32 orang pelajar Tahun 4 dan diiringi 2 orang pensyarah. Matlamat yang ingin dicapai seiring dengan pelaksanaan program Optometry Student Seminar 2013 adalah untuk meningkatkan pengetahuan para pelajar mengenai kajian dan inovasi berkaitan Sains Penglihatan. Selain itu, program ini bermatlamat untuk melahirkan graduan yang berpengetahuan luas tentang kemajuan terkini berkaitan bidang yang mereka pelajari. Di samping diharap dapat mengeratkan lagi hubungan dan komunikasi antara para pelajar Optometri dari seluruh negara, program ini juga memmbolehkan para pelajar bertukar pendapat dan berkongsi pengetahuan dengan para pelajar yang berlainan universiti.

   Kaedah program ini diadakan adalah interaksi antara sesama pelajar Optometri UiTM Puncak Alam dan juga pelajar Optometri dari universiti-universiti lain. Selain itu, ianya juga melibatkan komunikasi antara penceramah dan juga para pelajar.

    Program ini bermula pada jam 8.00 pagi dan selesai pada pukul 5.30 petang. Para penceramah dari pelbagai bidang yang berkaitan dengan kajian penglihatan dijemput untuk berkongsi pengetahuan mengenai inovasi yang dilakukan yang mana berkaitan dengan sains penglihatan. Selain itu, satu sesi bengkel telah dijalankan untuk memperkenalkan instrumen dan teknik-teknik terbaru yang terdapat di ‘Program Optometry dan Sains Penglihatan UKM’.

Antara gambar yang sempat dirakamkan sepanjang program berlangsung;


Sesi pendaftaran para pelajar












Tahniah diucapkan buat pelajar tahun 4 Optometry UiTM Puncak Alam, Nurul Razihan atas pencapaian mendapat tempat ke-2 dalam penyertaan untuk kategori "Case Presentation Undergraduate" dan Puan Noor Halilah yang merupakan pensyarah jabatan Optometry UiTM Puncak Alam yang juga mendapat tempat ke-2 untuk penyertaan "Case Presentation Postgraduate."

Nurul Razihan pemenang tempat ke-2 kategori "Case Presentation Undergraduate" 

Puan Noor Halilah pemenang tempat ke-2 kategori "Case Presentation Postgraduate."

Bergambar kenangan.. antara yang hadir sepanjang program berlangsung.

Sekian,

No comments: